follow

saya tak harap awak rindukan saya tapi saya harap awak tak lupakan saya ^_^ just follow my blog..thankzz :))

Monday

~ bufday girls ~

yeaahh...teringin nak update blog plak..heee..setelah 4 hari bufday aku sudah pun berlalu..hurrmm..terasa da tua pulak...aissshh..pape pun enjoy it.. Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadak dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.. Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.. Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah.. Adakalanya aku kurang kesabaran.. Ada masanya aku goyah keimanan.. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.. Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim.. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.. Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini.. pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.. Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.. Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.. Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.. Amin Ya Rabbul Alamin.. Terima kasih juga kepada kedua orang bapaku yang telah melahirkan aku.. mendidik.. memberikan segala kelengkapan kepada ku.. terima kasih yang tidak terhingga.. dan kepada keluarga yang tidak berhenti memberikan semangat serta sokongan dari belakang.. terima kasih pada yang sudi wish bufday aku sehingga saat ini.. walaupun lambat sehari.. terima kasih sangat2.. may allah always bless u alls..

Friday

mencuba

assalammualaikum dan selamat petang..heee..alhamdulillah masih di berikan kesempatan untuk hidup di atas muka bumi allah s.w.t..syukur alhadulillah..walaupun hanya allah yang tahu ape yang aku alami selama ini..aku cuma insan biasa yang tidak punya apa2 yang boleh di perlihatkan pada sesiapa..melihat sebuah kenangan dan masa lalu aku yakin yang aku boleh bangun dan berdikari tanpa cinta dari seorang lelaki..di kala aku di sakiti oleh sang lelaki aku mula merasa lelaki tu menakutkan..tetapi tetiba aku mengenali dia..walau pun..perkenalan ini baru sahaja berputik ia berkembang seperti bunga seri pagi namun ia mungkin tak akan berpanjangan..kerana disaat aku mula menaruh rasa kepadanya..Aku di sahkan menghidapi penyakit yang memang sukar untuk di ubati aku merasa benar2 kecewa..ku juga berharap aku adalah insan yang sempurna dan tidak punya apa2 penyakit..aku menderita sekali..aku ingin menangis namun aku tidak mampu lagi..air mata tidk lagi mahu mengalir.. { 4 someone... :( maaf kerana mula menyukai kamu sedang kan ia salah } rindu itu suatu rasa yang kadang-kadang susah untuk dicerita kan dengan kata-kata mahupun dengan nukilan... kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakapan dada .. dan kadang boleh membuat kan air mata ini mengalir walau sekuat mana pun dan setabah mana seseorang itu...walaupun di mana kita berada tika ini.. pasti ada ruang untuk kita memikir kan dan terkenang kan sesuatu kenangan yang pernah terpalit di dalam kotak memori kita... rindu tidak dapat di halang dengan apa cara sekali pun...walaupun kita cuba menidak kan kehadiran ia....kadang-kadang rindu datang dalam kita sedar dan kadang-kadang ia datang dalam tanpa kita sedari... dan akan membuat kan kita tersenyum dan menagis sendirian... rindu dalam marah dan menagis dalam diam..rindu tidak bererti kita cinta..tapi CINTA pastinya akan wujud rindu...#sakit bila terlalu merindui seseorang#
setiap wanita layak untuk memiliki lelaki yang mampu membuatnya TERLUPA bahawa hatinya pernah TERLUKA kan...??

Monday

i'm sorry

yeeahh..!! bru dapat nak menghadap bende ni..setelah baik pulih dari segala nya..syukur alhamdulillah..allah masih memberi aku kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ini..hanya allah yang mengetahui segala yang berlaku terhadap diriku ini..hurrmm..sampai terlupa something..hari ni da 16..aku lupe nk wish bufday si dia..14 hri bulan hari tu..disebabkan keadaan yg tidak mengizinkan..sy minx maaf okeyh..2 tahun sy x bersama awk time bufday awk..walau apa pun..sy tetap akan ingat awk..happy bufday to ahleng..semoga panjang umur n murah rezeki..semoga allah sentiasa berada di samping awak dalam ape jua yg berlaku.. semoga awak bahagia di samping keluarga tercinta.. kawan2..dan sewaktu dengannyaa.. x tahu da nak cakap ape lg..sebab sekarang pun x brape nak shat lg..tpi terpakse juga nak update blog ni.. minx maaf sekali lagi to ahleng sebab sekarang baru dapt nak wish bufday awk..

Wednesday

new update

..CINTA itu ANUGERAH yang UNIK.Kita tidak sedar saat hadirnya cinta itu...sehingga lah cinta itu pergi tanpa sedar kita sgt memerlukannya... Perasaan yg dianugerahkan Allah semuanya memberi makna dan sebab.. Mengingatkan kita bahawa bertapa besar kuasaNYA.. Perlu menjadi khalifah diatas muka bumi kepada semua makhluk.. :') Berkasih-sayang sesama sendiri dgn batas... Sentiasa perlu bermuhasabah diri serta berdoa... Berdoa bukan utk mmberitahu apa yg kita pinta,. kerana tanpa diberitahu Allah sudah mengetahui...*inisiatif..aku cuma insan biasa yang tidak punya apa2 yang boleh di perlihatkan pada sesiapa...melihat sebuah kenangan dan masa lalu aku yakin yg aku boleh bangun dan berdikari tanpa
cinta dari seorang lelaki.....di kala aku di sakiti oleh sang lelaki aku mula merasa lelaki tu menakutkan ...tetapi tetiba aku mengenali dia ....walau pun ... perkenalan ini baru sahaja berputik ia berkembang seperti bunga seri pagi..namun ia mungkin tak akan berpanjangan ...kerana disaat aku mula menaruh rasa kepadanya...Aku di sahkan menghidapi penyakit yang mmg sukar tuk di ubati aku merasa benar2 kecewa...ku juga berharap aku adalah insan yang sempurna dan tidak punya apa2 penyakit.
aku menderita sekali.... aku ingin menangis namun aku tidak mampu lagi.... air mata tidak lagi mahu mengalir... Mencintai seseorang bukan hanya dengan mengucapkannya setiap hari, tapi juga dengan menunjukkannya dalam segala hal sepenuh hati ♥ ..

wahai hati

...Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah. Aku tidak berharap untuk menjadi orang terpenting dalam hidupmu. Kerana aku tahu itu permintaan yang terlalu besar bagimu. Aku hanya berharap suatu saat nanti, bila kau melihatku, kau akan tersenyum dan berkata, “Dialah Org Yg Sering Memerhati dn Mengambil Berat Akan Diri ku Satu Ketika Dulu'.. Ombak menyukai jejak kakimu yang terlukis jelas di pasir. Mendekap jejakmu seakan tak lepas, membasahi langkahmu, bagai tetes butir airmata yang meninggalkan riak di bulu matamu. Aku termangu beberapa saat, mengenangmu dalam renjana.
Rindu bagaikan buih ombak menyapu pesisir. Bergulung merambah dan berlalu hanya sekejap. Bagai embun jatuh ke tanah. Sesaat, lalu menghilang di boyong mentari pagi.
Angin pantai berhembus membius rasa kasmaran yang karam. Yang dulu berlabuh di samudera harap. Kini tinggal menyisakan keping-keping kenangan dalam potongan mozaik waktu.
Aku adalah asa yang kau tinggal sendiri di bibir pantai. Cintaku telah kau bawa berlari mengitari bumi, menyeberangi lautan dan berkarat di telan zaman.
Ku adukan rasaku pada pantai yang mengharu biru, pada ombak yang bergulung, pada burung camar yang menari, pada angin yang menderu, pada renjana yang makin luruh, pada dirimu yang tak terlacak rimbanya.
..ku ikhlas tanpamu.. Aku adalah perahu, dan kau adalah danau yang biru.
Tempat aku berlabuh dalam rindu, tempatku menyandarkan segala beban di bahu.
Hari ini kail dan umpan tak menarik minat ikan, hari ini lapar menjadi teman dalam dekapan rembulan.
Aku adalah perahu, dan kau adalah danau tanpa riak.
Senyummu tetap tersimpul, tenangmu adalah gambaran tawadhu.
Tidurmu adalah mimpi yang berwujud nyata esok hari.
Aku adalah perahu, dan kau adalah danau pengharu biru.
Dengan wajah bertabur sejuta cinta, kau tenggelamkan aku dalam dinginnya danaumu.
Dengan wajah berhias senyum, kau rangkul aku dalam dekapanmu
Kau akhiri semuanya..
tanpa tangisan,
tanpa hibaan,
tanpa erangan,
cukup dengan sebotol racun tikus.
Karamlah aku selamanya..


Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan,
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta ditemani kesedihannya,
Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,
Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2.


Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci. Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?
Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati.
Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang itu.
Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.
Wahai hati, Janganlah engkau menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hatimu itu. Percayalah padaNYA, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir. Yakinlah saat itu pasti 'kan tiba.