follow

saya tak harap awak rindukan saya tapi saya harap awak tak lupakan saya ^_^ just follow my blog..thankzz :))

Monday

~ bufday girls ~

yeaahh...teringin nak update blog plak..heee..setelah 4 hari bufday aku sudah pun berlalu..hurrmm..terasa da tua pulak...aissshh..pape pun enjoy it.. Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadak dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.. Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.. Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah.. Adakalanya aku kurang kesabaran.. Ada masanya aku goyah keimanan.. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.. Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim.. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.. Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini.. pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.. Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.. Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.. Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.. Amin Ya Rabbul Alamin.. Terima kasih juga kepada kedua orang bapaku yang telah melahirkan aku.. mendidik.. memberikan segala kelengkapan kepada ku.. terima kasih yang tidak terhingga.. dan kepada keluarga yang tidak berhenti memberikan semangat serta sokongan dari belakang.. terima kasih pada yang sudi wish bufday aku sehingga saat ini.. walaupun lambat sehari.. terima kasih sangat2.. may allah always bless u alls..

Friday

mencuba

assalammualaikum dan selamat petang..heee..alhamdulillah masih di berikan kesempatan untuk hidup di atas muka bumi allah s.w.t..syukur alhadulillah..walaupun hanya allah yang tahu ape yang aku alami selama ini..aku cuma insan biasa yang tidak punya apa2 yang boleh di perlihatkan pada sesiapa..melihat sebuah kenangan dan masa lalu aku yakin yang aku boleh bangun dan berdikari tanpa cinta dari seorang lelaki..di kala aku di sakiti oleh sang lelaki aku mula merasa lelaki tu menakutkan..tetapi tetiba aku mengenali dia..walau pun..perkenalan ini baru sahaja berputik ia berkembang seperti bunga seri pagi namun ia mungkin tak akan berpanjangan..kerana disaat aku mula menaruh rasa kepadanya..Aku di sahkan menghidapi penyakit yang memang sukar untuk di ubati aku merasa benar2 kecewa..ku juga berharap aku adalah insan yang sempurna dan tidak punya apa2 penyakit..aku menderita sekali..aku ingin menangis namun aku tidak mampu lagi..air mata tidk lagi mahu mengalir.. { 4 someone... :( maaf kerana mula menyukai kamu sedang kan ia salah } rindu itu suatu rasa yang kadang-kadang susah untuk dicerita kan dengan kata-kata mahupun dengan nukilan... kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakapan dada .. dan kadang boleh membuat kan air mata ini mengalir walau sekuat mana pun dan setabah mana seseorang itu...walaupun di mana kita berada tika ini.. pasti ada ruang untuk kita memikir kan dan terkenang kan sesuatu kenangan yang pernah terpalit di dalam kotak memori kita... rindu tidak dapat di halang dengan apa cara sekali pun...walaupun kita cuba menidak kan kehadiran ia....kadang-kadang rindu datang dalam kita sedar dan kadang-kadang ia datang dalam tanpa kita sedari... dan akan membuat kan kita tersenyum dan menagis sendirian... rindu dalam marah dan menagis dalam diam..rindu tidak bererti kita cinta..tapi CINTA pastinya akan wujud rindu...#sakit bila terlalu merindui seseorang#
setiap wanita layak untuk memiliki lelaki yang mampu membuatnya TERLUPA bahawa hatinya pernah TERLUKA kan...??