follow

saya tak harap awak rindukan saya tapi saya harap awak tak lupakan saya ^_^ just follow my blog..thankzz :))

Tuesday

~ butakah mataku ~

Saya telah mengembara ke hujung dunia,
mencari CINTA saya. Tapi, pertama kali saya
bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi
tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah
kebenarannya.Saya telah menolak awak,
tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak
bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di
dinding kamar tidur awak.
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh
tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak
dapat membohongi perasaan saya bahawa saya
menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi
awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang
paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di
dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan
saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung
dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi
saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.
Bagai merpati putih CINTA saya berkelana
mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah
memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya
jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.
Disana saya tak mampu melihat cahaya. Awak
berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.
Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu
apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di
sudut hati ini saya merasakan awak masih belum
cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA
dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau
mungkin juga awak belum pernah benar benar
jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini
siapa saya di hati awak ?
Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu
hati?
Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu
memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur
pada perasaan sendiri??
AWAK!
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh
menyintai ramai POMPUAN berkali kali. Tapi saya pula seorang POMPUAN yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 CINTA dan 1 perkhawinan..
Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.
Melangkah pergi meninggalkan awak, telah
mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.
Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan.
Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan
setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada
ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya
menCINTAi awak.
Awak,
Sebelum saya menghilang diri dari dunia awak,
saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah
awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya,
sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah
jawapan saya;
'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya
akan memberikan suara saya, agar awak dapat
bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan
bisu buat selamanya'
'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya
akan memberikan hati saya agar awak dapat
hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)
Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang
tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak
menikahi saya,
Seseorang pernah berkata,
'If you really LOVE someone, then let that person
go. If that person is meant for you, than that
person will come back to you eventually. But if
that person does not, then that person was never
meant for you, in the first place'
Awak,
Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat
mengetahui, bagaimana rasanya terlalu
menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan
pernah terlewat untuk menghargainya.
Awak,
Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan
kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini
dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak
pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang
mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan
jujur dengan perasaan saya.
Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya,mungkin itu yg terbaik..